Thursday 30 November 2017

Selamat Hari Lahir Abah :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
In the name of Allah the most gracious and the most merciful..


30 November. Itulah tarikh hari lahir abah. Ya. Hari ini. Harini hari lahir abah yang ke 55 tahun. Allahu. Sebak bila nak terus menulis coretan ni. Sebak sangat. Tapi aku gagahkan juga. Sebab bagi aku, biarlah aku simpan kemas coretan ini sebagai kenangan. Mungkin bila sudah terlalu rindu pada abah, boleh aku buka semula coretan ni untuk imbas kembali saat-saat bahagia aku dengan abah. Dan pasti, kalian yang membaca coretan ini dan yang sangat mengenali abah, pastinya akan rindu abah jua.

Memang aku tak pernah sangka bahawa ucapan hari lahir abah pada tahun lepas adalah ucapan hari lahir yang terakhir buat abah. Ya. Tuhan itu sebaik-baik perancang. Siapalah aku nak melawan kuasa Tuhan. Dia yang paling berhak untuk setiap inci perkara yang ada di dunia ini. Bukan aku tak redha. Aku sudah redha. Memang setiap hari aku berdoa moga Tuhan berikan aku, mak dan adik-beradik kekuatan untuk terima ujian hebat ini. Sedikit demi sedikit Allah beri kekuatan tu. Yang mana dulunya aku anggap ujian ini adalah ujian yang paling sakit. Pedihnya hati ini sampai rasa taknak hidup untuk hari esok. Tapi sekarang aku mampu katakan bahawa ujian ini merupakan ujian yang paling INDAH yang pernah Tuhan bagi. Macam mana aku terima semua ni? Semuanya kembali kepada Allah. Semuanya aku mengadu pada Allah. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dan itu juga pesanan yang abah selalu bagi kalau aku tengah down. Abah akan cakap walaupun kita mengadu masalah kita pada manusia, itu masih tak mencukupi. Mengadulah pada Allah, pasti Allah akan bantu dan permudahkan semuanya. And yes, it is very true.

Abah, walaupun tahun ni akak tak dapat nak wish birthday abah yang ke 55 tahun, tapi akak sentiasa berdoa untuk kesejahteraan abah di sana. Tak pernah tinggal. Sebab akak tahu, doa anak orang yang soleh ni antara amalan yang takkan putus walaupun sudah meninggal dunia. Harapnya abah baik-baik saja di sana. Abah nak tahu, banyak kali akak minta kat Tuhan supaya abah hadir dalam mimpi akak. Sebab akak rindu sangat-sangat kat abah. Akak rindu nak peluk abah. Akak rindu nak tenung muka abah lama-lama. Akak rindu nak dengar abah bagi kata-kata semangat kat akak. Abah pernah hadir dalam mimpi akak beberapa kali cumanya akak dapat tengok abah dari jauh je bah. Nak panggil abah tapi tak terpanggil-panggil. Yelah. Mimpi kan. Bukan realiti.

Cumanya, dalam minggu ni jugak, aku ada mimpi abah. Aku mimpi jumpa abah dalam satu majlis keluarga. Aku nampak abah tengah duduk di kerusi. Terus aku lari ke arah abah. Sambil melutut depan abah, aku cakap ‘ni abah kan? Abah hidup lagi kan?’ Aku tak pasti respon abah sebenarnya macam mana. Tapi seingat aku, abah senyum je. Tapi bila aku bagitau orang kat situ yang abah ada di majlis tu, semua buat tak tahu, sampai aku menangis-nangis sebab orang tak percaya. Then terus terjaga dari tido. Bila terjaga dari tido tu, tak sangka sebenarnya aku memang tengah menangis betul-betul. Terus aku kesat air mata tu. Dalam hati rasa menyesal sebab kenapa waktu-waktu kemuncak macam tu, aku mesti terjaga dari tido. Dah banyak kali jadi macam tu. Setiap kali aku mimpi abah, aku cuba nak cari bonding time dengan abah tapi mesti tak dapat. Yelah. Mimpi kan. Mainan tido je tu. Tapi aku teringin sangat nak jumpa abah lagi dalam mimpi. Dan dalam mimpi tu aku nak betul-betul dapat bonding time dengan abah. Aku nak peluk abah kuat-kuat. Aku nak cerita every single thing yang jadi lepas abah dah takde. Dan semualah. Harap-harap Tuhan bagi lagi peluang untuk mimpi dengan abah lepas ni.

Buat abah, even abah dah takde kat dunia ni, akak still nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 55 tahun buat abah. Moga abah baik-baik saja di alam sana. Kasih, rindu dan sayang akak pada abah takkan pernah hilang sampai bila-bila. Wallahi, you are my very true love, abah.

Terima kasih Tuhan sebab dah pernah pinjamkan aku seorang insan yang paling baik dan hebat. Aku yakin, setiap detik kejadian yang berlaku pada hari kematian abah itu, Engkau dah susun yang terbaik buat aku. Walaupun aku seorang saja yang tidak dapat tatap wajah abah buat kali terakhir, sekurang-kurangnya aku dapat melihat abah tersenyum manis saat kali terakhir aku tatap wajahnya sehari sebelum abah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Itupun sudah memadai. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segala-galanya.




Abah, setiap saat akak rindu abah.
Rehatlah di sana sepuas-puasnya.
Selamat hari lahir abah. :)
Love you.


Wallahua’lam.
Kidsasisian.

No comments:

Post a Comment

www.binturaida@gmail.com