Monday, 18 September 2017

Dengan nama Tuhan aku mengembara ke bumi Vietnam

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
In the name of Allah the most Gracious and most Merciful.


Alhamdulillah, hari ni dapat lagi menghirup udara segar, melihat keindahan ciptaan Tuhan dan berkesempatan untuk sambung pengajian bagi semester 7. Maybe posting ini agak lewat tapi aku still nak buat posting ni sebagai kenangan dengan kawan-kawan aku. Seperti tajuk posting aku di atas, kali ni aku akan share dengan readers semua tentang perjalanan aku di bumi Vietnam. Harap semua dah ready nak baca posting yang panjang berjela ni. 

Benarlah kata orang, kalau kita ingin mengembara ke negara orang, pergilah ke negara yang kurang membangun dari tempat kita menetap. Dari situ kita dapat muhasabah diri kita semula dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Terlalu banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di bumi Vietnam selama 5 hari 4 malam. Sebelum aku berangkat ke sana, jujur aku katakan memang tak terlintas langsung dihati ingin melihat tempat orang. Sedangkan di bumi Malaysia pun aku tak berkesempatan untuk mengembara, apatah lagi negara luar. Kebetulan pula, aku pergi ke sana juga atas keperluan universiti. Kalau bukan sebab itu, memang takkan pernah langsung untuk aku merasa ke luar negara.


Perancangan ke sana memang sudah lama. Boleh aku kira dalam dua tahun plus minus. Itu pun terrrrlaluuu banyak dugaan halangan, rintangan dan ujian yang aku kena hadap. Dengan manusia yang memang pelbagai peel dan sistem kewangan yang memang sentiasa tidak cukup buatkan aku pernah rasa tawar hati mahu pergi ke sana. Di tambah pula tarikh yang aku kena pergi tu pulak jatuh pada Hari Raya Qurban dan kebetulan pula raya kali ni merupakan raya pertama aku tanpa abah. Mana mungkin aku tinggalkan family aku. Tapi atas dasar tuntutan belajar dan aku pergi ke sana di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM serta perancangan yang memang dah lama dibuat, aku ikhlaskan hati untuk pergi juga. Kalau nak ceritakan perjalanan sebelum berangkat ke sana, memang terlalu banyak. Satu persatu masalah timbul. Kalau tak kuat tu, memang tak boleh hadap. Tapi fikirkan aku dan rakan lain sudah ada di pertengahan jalan, mahu batalkan semuanya itu terlalu perit dan sakit. Maka, teruskan saja dengan apa yang ada.


Sebelum aku ceritakan pengalaman aku di sana, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team GISO Vietnam yang sanggup bersama aku dan MT yang lain dalam menjayakan GISO kita buat kali pertama dan mungkin kali terakhir. Ya, aku dilantik sebagai naib pengarah untuk GISO Vietnam ini. Sebab tu aku rasa ralat kalau GISO ini tak jadi. Sebab aku dan MT lain yang mulakan dulu jadi aku rasa sangat tak patut kalau berhenti tengah jalan. Jadi, perjuangan ini akhirnya berjaya juga dengan happy endingnya. Terima kasih kepada Gegirls GISO; Atul as secretary yang sangat produktif dan power serta banyak berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga especially after abah meninggal dunia. Sebab waktu tu banyak urusan family yang perlu aku selesaikan masa cuti semestar, jadi Atul yang banyak take over almost 80%. Terima kasih banyak-banyak Atul. Tuhan je yang dapat balas jasa awak. Tak lupa juga Dekna as bendahari, Masit yang sentiasa ada dengan aku and dengar keluhan aku dari mula sampai akhir, Wan yang sentiasa setia dengan team GISO ni, Sikin dan Kakwa yang paling perform untuk cari dana dan bahagian qurban, Kaksu yang sudi join team GISO kami beberapa bulan sebelum pergi dan banyak tolong untuk persiapan sebelum ke sana dan sewaktu berada di KLIA and last but not least Aten yang banyak ambil gambar and video kelakar masa berada di sana. Semuanya perform habis. Tak lupa juga kepada team GISO lelaki seramai 6 orang, thankyou sebab masih bersama team GISO ini sampai akhir. Even pada awal perancangan GISO ni, participation agak ramai around 30 students sampai pening kepala nak fikir, but at last tinggal 15 ketul ja yang sudi dan sanggup join. Orang kata lagi sikit yang pergi, lagi seronok. And I feel it. Terasa ukhwah tu kuat sangat sebab yang perempuan pun 9 orang je and lelaki 6 orang. So apa-apa hal semuanya ingat each other even ada insiden budak lelaki tinggalkan kami kat balai pelepasan. *sigh* Shukran kathir juga kepada pensyarah pengiring kami yang sentiasa cool dan hebat, Dr Nik Rahim Nik Wajis atau mesra dipanggil dengan panggilan Abie. Abie memang terbaik. Sporting dan mesra sangat. Tak sangka perancangan Allah tu Maha Hebat. Allah dah aturkan segalanya indah. So, appreciation dah buat awal-awal. Takut lupa nanti ada yang claimed pulak. Jadi untuk jalan selamat, kita letak awal-awal yaa. Haha.


Sehari sebelum bertolak (29 Ogos 2017/Selasa)

So, bermulalah persiapan kami sebelum ke sana. Kami ke sana pada 30 Ogos hingga 3 September 2017 (Rabu-Ahad). 5 hari 4 malam. Hari Merdeka dan Hari Raya Qurban termasuk dalam pakej sekali. Haha. Kiranya kami raya kat Vietnamlah untuk dua perayaan ni. Jadi, perancangan awal, 28 Ogos (Isnin) tu masing-masing dah kena ada di Nilai untuk final touch up dan final meeting. Pada sebelah malamnya, kami sibuk menyiapkan baki persiapan dan bungkusan sumbangan baju-baju terpakai. So the next day ada final meeting untuk team GISO. Everything was going well. Dari pencerahan tentatif semasa travel sampailah sesi soal jawab yang berkaitan.  


Barang sumbangan

Packing pencil boxes untuk adik-adik program
Sebahagian persiapan yang telah siap





Then, malamnya kami plan untuk bertolak ke KLIA around 12am. Sebelum nak berkumpul kat USIM pun dah macam-macam ragam. Haha. Sebab dari rumah sewa nak ke kampus pun agak jauh if nak jalan kaki, prebet pun macam ada takde je sebab dah tengah malam plus time tu tengah final bola Malaysia lwn Thailand if Im not mistaken so semua nak fokus tengok bola. So jalan terakhir adalah menggunakan khidmat uber. Selama hidup memang tak pernah guna uber. Malam tu dah takde pilihan so terpaksa guna uber. Lama jugak nak tunggu uber sampai and kejap-kejap bertukar orang yang nak pick up kami. Risau jugak kalau takde yang datang langsung. Padahal team GISO yang lain semua dah sampai kampus siap sembang buat lawak bagai lagi. Haha. And at last, adelah jugak uber yang sudi pick up kami. Terima kasih abang uber. Maaf susahkan sampai kena pick up dua kali sebab luggage masing-masing besar sangat. Keke.


Sementara tunggu abam uber pick up kami, selfie di tengah hujan
Sebelah tu Masit namanya. Antara orang kuat GISO jugak tu. Terima kasih awak :)

Around 11.30 malam jugaklah baru nak gerak ke kampus. Then, bas USIM sampai dekat HEP around 12.15 malam gitu and sampai kat KLIA dalam pukul 1 pagi. Fuhh. Baru jam 1 pagi. Nak flight jam 8.15 pagi. Memang berkampunglah kt KLIA tu. Ada yang makan, jalan-jalan, tido, pergi timbang luggage dan macam-macam. Dah buat KLIA tu macam rumah sendiri pulak. Haha. Pagi tu pun ada insiden menarik lagi. Abie tersalah masuk KLIA 2. Sebab abie datang lambat sikit sebab kena hantar wife dia di KLIA 2. Time tu nak dekat pukul 5.00 pagi and suppose to check in luggage. Tapi bila abie whatsapp nak jumpa kami asyik tak jumpa je. Padahal siap snap gambar abie kt area mana. Last-last bila Wan tanya abie kat mana ah sudahhh abie salah landing pulak. Haha. Nasib timing awal lagi and abie cakap abie naik grabcar dari KLIA 2 ke KLIA. Dan waktu ni pun wakil travel agent pun dah sampai KLIA and nak jumpa untuk settlekan check in luggage. Alhamdulillah everything okay cuma agak kelam kabut nak check in luggage sebab ramai pulak nak pergi Vietnam. Yang peliknya lane Malindo Air je beria panjang. Tu yang stress je tunggu. Dengan dah masuk waktu subuhnya lagi memang kelam kabutlah sikit but still dapat settle.

 
Baru sampai KLIA. Inilah team GISO yang bertahan sampai ke akhirnya. Shukran kathir :)

Gegirls GISO. Semua sempoi belaka.









Hari Pertama (30 Ogos 2017/Rabu)

Sebelum bertolak, sempatlah ambik gambar acah-acah formal dengan bendera USIM dan banner GISO depan pintu pelepasasan antarabangsa. Lepas habis sesi bergambar, abie suruh turun dulu. Beria la kami yang girls ni turun ke bawah and taknak pergi kaunter lagi sebab nak tunggu yang lain. Time ni dah pukul 7.30 pagi. Tapi tunggu punya tunggu tak nampak batang hidung budak laki dan abie. Rasa tak sedap hati, terus pegi kaunter and bila tanya budak laki thru whatsapp, diorang kata dah lepas kaunter dah and otw nak masuk flight. Ciss. Dahsyat diorang ni. Tak ingat langsung kat kami.


Team GISO Vietnam

Waktu ni beria tunggu budak laki. Sempat ambil gambar lagi.

Dan bermulalah adegan runningman antara kami. Kelam kabut jugak sebab time tu jugaklah ramai nak ke kaunter tu semua lahaii. Panjang dia punya beratur tu rasa macam memang takdak harapan nak pergi vietnam dah. Semua risau sangat. Kakwa siap cakap dalam hati memang fikir 50 50 je dapat masuk flight. Huhu. Sebab lepas dari kaunter tu, kami berpecah dalam 3 group. First, aku, Dekna dan Wan yang settled dulu then Kakucu pesan suruh tengok signboard je untuk pegi gate kita. Punyalah cuak ya rabbi. Time tu memang blur tapi redah je asal nampak signboard gate 18 if Im not mistaken, ikut je sampai jumpa train and naik train untuk pergi ke flight. Fuhh. Berpeluh jugaklah. But nasib baik yang jaga gate tu tahu berapa orang yang masih tak masuk flight and still tunggu kami. Lega sangat masa tu. Masa sampai depan guard tu dia memang tanya, “tinggal lagi 6 orang kan?” and aku terus iyekan aja even dalam kepala tengah kira lagi berapa orang yang tak sampai. Haha. Bila masuk dalam flight tu pulak, passengers yang lain semua pandang pelik kot. Haha. Mana taknya, jam masa tu around 8.10 pagi dah. Ada lagi 5 minit before departure. Tapi aku memang malas nak layan perasaan sangat sebab time tu dah penat main lari-lari. Kah. Then, after a few minutes, barulah baki 6 orang lagi tu selamat masuk dalam flight. Fuh. Rezeki dapat pergi vietnam even flight memang agak delay about 15 minutes. Maaf ye abam pilot. Ketidaksengajaan berlaku. Ini semua salah budak laki. Siapa suruh tak aware dengan team sendiri. Kan dah jadi macam tu. Nasiblah jugak travel agent pun follow up keberadaan kami sampai kami masuk flight. Credit thanks to Ustaz Azim dan Bro Nuqman for your services. Memang terbaik.


So, everything calm down and bersedia untuk berlepas. Time ni pulak mata dah berat semacam dah. Just nak tunggu flight dah ada atas awan ja then boleh start beradu. Haha. Lepas flight dah stable, get ready keluarkan tuala kecik memang khas cover muka time tido dan mulalah sesi beradu saya! Haha. Adelah dalam sejam lebih gitu tido. Bangun-bangun je Wan cakap dah sampai vietnam. Ada dalam 30 minutes before nak landing di Airport Tan Son Nhat, Vietnam. Dapatlah tengok view cantik dari atas. Wallahi memang cantik sangat viewnya.


Before departure. selfie satu kali.



Dalam pukul 10.00 pagi kami sampai di airport sana. Tapi kalau ikut jam vietnam, waktu kat sana baru pukul 9.00 pagi. Kiranya lambat sejam la. Then lepas ambil luggage and scan semua tu, kami disambut baik oleh Ustaz Syafie iaitu translator kami sepanjang berada di bumi Vietnam. Around jam 10.30 pagi kami bergerak ke Madrasah Jamiul Anwar. Perjalanan ke sana makan masa dalam sejam lebih. Lepas sesi suai kenal dengan Ustaz Syafie, sempat lagi sambung tidur dalam bas. Haha. Tapi apa yang boleh aku katakan tentang bandar Ho Chi Minh ni, bandarnya memang sesak sangat dengan transports especially motor. Boleh kata motor atas jalan raya kat sana 3x ganda banyaknya berbanding Malaysia. Then, adat diorang memang suka main hon je memanjang. Bukan takat motor je hon , kereta bas semua sama. Yelah, sebab kat situ kawasan bandar kan, jadi jalan sibuk dan ditambah pula dengan penduduk kat sana yang memang 2x ganda ramai berbanding Malaysia so korang bolehlah kot imagine the situation tu macam mana. Mula-mula tengok tu macam pelik jugak sebab kat Malaysia kalau ada orang hon tu kira macam nak cari gaduh je kan tapi kat sana tak. Itu memang jadi adat diorang. Sebab jalan sentiasa sesak and maybe orang tak perasan kenderaan kita so to make sure takda apa-apa accident berlaku, diorang gunakan sistem hon tu secara berjemaah. Haha.

 
Ustaz Syafie

After quite long journey jugak nak sampai ke madrasah tu, dalam jam 12.00 tengah hari, kami sampai ke lorong nak masuk madrasah tu. Bas tak boleh nak masuk sebab memang kecik je lorongnya. Kalau kereta masuk pun muat-muat je sebab jalan tu memang sesuai untuk pejalan kaki. Bila masuk jalan tu, kiri kanan ada rumah, kedai makan dan lain-lain lagi. Take time 5-10 minutes jugaklah nak sampai ke madrasahnya. Bila sampai depan madrasah tu, aku tertanya-tanya diri sendiri, “Eh dah sampai ke? Eh ini ke madrasahnya?” Sebab expectation aku nak tengok madrasah tu agak tinggi jugaklah. Maybe ada bangunan sendiri and facilities yang okay tapi nampaklah hakikatnya mereka sangat perlukan bantuan dari segi kewangan dan kitab-kitab untuk belajar. Ustaz di madrasah tu pun memang ada cakap yang mereka memerlukan banyak bantuan dan sumbangan dari kita cuma kami tak aware bab tu dan kami sendiri tak terlintas langsung nak bawak kitab-kitab yang bersesuaian. Time tu aku rasa ralat sangat tak sediakan apa yang mereka perlukan sebab kat sana bukan saja mereka perlukan sumbangan pakaian tapi ilmu agama jugak. Tapi, dapatlah kami bagi sedikit sumbangan pada mereka untuk perbelanjaan madrasah. Dekat madrasah ni, kami wakil GISO buat short talk untuk mempromosikan USIM pada mereka. Tapi memandangkan pelajar-pelajar madrasah tu tak ramai sebab ramai dah balik kampung untuk meraikan hari raya qurban dan hari kemerdekaan vietnam, tinggallah berapa ketul ja yang ada plus anak-anak muslim yang lain. Kami ada kat sini dalam sejam. After selesai bagi cenderahati kepada pihak madrasah, kami ambil gamabr sebagai kenang-kenangan *actually kena buat report after balik Malaysia sebab tu kena ada bukti gambar yang kami pergi ke madrasah tu haha*.


Otw ke Madrasah Jamiul Anwar
Short talk mempromosikan USIM

Penyampaian cenderamata

Bergambar dengan sebahagian pelajar madrasah dan adik-adik muslim di situ.

Selfie di luar madrasah

Then get ready untuk makan tengah hari dan solat jamak di salah satu masjid sekitar kawasan tu. Makan tengah hari boleh tahan sedap dan menunya tak lari sangat dari menu Malaysia. I mean still boleh telan and makan dengan tenang. Nasi putih, telur dadar, ikan kari (kalau tak silap), sup ayam and sayur. Lepas makan terus pergi solat. Masjidnya memang sebelah je dengan restaurant muslim tu. Around jam 2.30 petang kami mulakan perjalanan ke Kampung Chau Phung, Chau Doc yang makan masa sekitar 5-6 jam. Sepanjang perjalanan ni, bangun tidur bangun tidur ni tak payah cakaplah, berapa kali dok ulang benda yang sama je. Bila bangun kejap, tengok pemandangan tepi tingkap sampai mengantuk semula then tidur balik. Boleh kira setiap jam terjaga then tidur balik. Haha. Penat dia lain maciam. Padahal baru setengah hari ada kat vietnam. Then, nak dekat pukul 7.00 malam gitu, kami kena turun bas pulak sebab kena naik feri untuk masuk ke kawasan kampung tu. Padahal tak tahu pun kena ikut jalan laut jugak nak sampai ke kampung tu., tup tup bila feri sampai kat jeti, bas start jalan masuk dalam feri tu. Then, baru aku dan lain-lain follow masuk feri tu jugak. Time ni berebutlah certain team GISO yang tak matang dok gaduh pasal gambar matahari terbenam. Lahaii. Macam-macam korang ye. Naik feri ni dalam 10 minit sampailah kampung tu. Then sambung naik bas semula dalam 30 minit lagi. Kalau tengok kampung kat situ, memang boleh dikategorikan sebagai kawasan yang masih tak membangun la. Still ada yang jual-jual tepi jalan. Rumah tepi paya, tepi sungai semua tu. Keadaan rumah tu pun boleh kata 70% memerlukan baik pulih. Rumah yang okay memang ada contoh macam rumah Ustaz Syafie cuma tak banyak. Bila dah sampai destinasi tu, kena jalan kaki pulak nak ke rumah tamu. Haha. Adelah dalam 5 minit berjalan sebab kena masuk jalan satu lane. Imagine macam masuk kampung-kampung kat Malaysia laa. Bila dah masuk kampung tu still kena masuk lorong lain untuk sampai ke tempat yang dituju. Bila dah sampai rumah tamu tu, tunggu Ustaz Azim dan bro Nuqman agihkan bilik. Bila dah settle semua, baru makan malam dekat kawasan tu. Makan malam pun sedap sangat cuma tak larat nak tambah sebab macam baru je makan tengah hari. Lepas dari makan tu, sempat jumpa Ustaz Azim untuk briefing program esok hari. Then, semua buat aktiviti sendiri malam tu.


Lunch

Pintu depan masjid



Pemandangan senja dari arah feri


Bilik rumah tamu

Waktu solat di Vietnam


Hari Kedua (31 Ogos 2017/Khamis)

Fuh. Baru hari pertama dah panjang berjela. Aku cuba minimisekan apa yang tak perlu but still rasa sayang nak cut scenes tu. Sebab kalau boleh every single thing yang berlaku kat sana aku nak tulis sebagai kenang-kenangan nanti. Bila teringat kat geng travel, bolehlah nanti aku bukak semula posting ni. Hehe. So, after kendiri, kami breakfast di tempat yang sama dengan dinner semalam. Breakfast pun sedap sangat aih. Ala-ala western food di pagi hari. Dia sediakan roti, daging bakar, telur mata and sayur-sayuran which is hirisan carrot and timun. Memang sedap. Time tulis ni pun teringat-ingat kat menu ni. Waktu ni pulak budak laki puasa sunat sebab abie ajak, so kami yang perempuan and travellers yang lainlah yang makan makanan tu. Bila dah settle breakfast, sempat ambil gambar ramai-ramai dengan banner GISO, bendera usim and bendera Malaysia sempena meraikan hari kemerdekaan Malaysia. Then, around jam 10.00 lebih kami pergi ke masjid kampung tu untuk buat program dengan adik-adik muslim di situ. Program yang kami buat tu ambil masa dalam 2 jam lebih. Adik-adik kat situ pun memang aktif-aktif belaka plus nak communicate dengan diorang pun agak susah sebab ada yang tak faham bahasa inggeris. Jadi, terpaksa guna bahasa tangan je. Kah! Ini memang lawaklah. Gunalah segala tangan kaki kepala yang ada untuk bagi diorang faham instruction kita. Translator ada cuma seorang je. So ustaz tu pun dah jadi translator untuk PIC setiap aktiviti so yang jadi fasilitator nilah yang tak menang tangan nak tenangkan keadaan. Haha. Tapi semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. Masa program dijalankan pun, aku sempat turun masjid untuk agihan fidyah dan sumbangan pakaian kepada penduduk di situ.


Nak tunggu program semua habis tu sakit sangat sebab adik-adik kat situ memang aktif. Haha. Yelah, kami yang join team GISO ni pun ada 15 orang je. Nak cover budak sampai 60 70 orang, memang tak menang tangan dibuatnya. Dalam jam 12.30 tengah hari settle semuanya sebab budak-budak pun kena pergi sekolah untuk sesi petang and time tulah memang semua PIC aktiviti and fasi melepaskan kepenatan masing-masing. Haha. Sempat rehat sekejap and bila nak masuk waktu zohor tu, kami yang perempuan mintak diri untuk solat di bilik saja. Yang budak laki dan abie stay kat masjid sebab lepas zohor tu ada tazkirah pendek oleh Haziq.


Tunggu breakfast
View luar rumah tamu
Menu breakfast

 

Merdeka Malaysia di bumi Vietnam :)
Selamat Merdeka Malaysia!
Bergambar di pintu gerbang Rumah Tamu Huy Co

Kumpul barang sumbangan untuk di bawa ke masjid.
Waktu ni awal pagi lagi tapi cuaca kat sana boleh tahan panas.






Program berlangsung

















Agihan fidyah

Bergambar selepas habis program

Tazkirah lepas zuhur




Lunch

Lepas solat and makan, kami dapat jalan-jalan kat pekan kampung tu. Kiranya self rewardlah after program habis. Haha. Dalam jam 3.00 petang kami bergerak ke pekan menaiki boat cantik. Hehe. Taktahulah nak panggil boat ke apa tapi boat tu memang bawak penumpang ke pekan tu lah. Bila sampai sana, kami di bawa ke pasar pekan tu. Memang padat dengan orang. Kat situlah jumpa segala makanan pelik-pelik. Haha. Memang aku pandang sekali je kat makanan tu sebab bentuk makanan tu pun dah tak menarik perhatian aku apetah lagi nak beli. Then, sempat makan aiskrim kat situ. Aiskrim boleh tahan sedap cuma terlalu manis bagi aku. Bukan takat aiskrim je manis, sup-sup dan air yang aku makan dan minum sepanjang berada kat sana semuanya manis-manis belaka. Rasanya kalau menetap sebulan kat sana memang dapat kencing manis dah. Haha. Lepas tu dapat naik beca dari tempat makan aiskrim sampai ke jeti. Sementara nak tunggu boat sampai, sempatlah selfie, bergambar dan record yang pelik-pelik kononnya sebagai kenanganlah. Tapi bila tengok balik gambarnya memang macam budak-budak je kami ni. Tapi dalam blog ni aku tapis sikit gambarnya takut nanti kena kecam pulak. Eh. Haha. Upload yang proper sikit jelah ye.


Sebelum naik boat kita selfie


Baru sampai di destinasi




Belakang saya tulah Atul. Banyak jasa beliau dalam GISO ni 



Aiskrim manis yangmat


Naik beca

Selfie lagi

Dan lagi

Me with Kakucu.

Gambar dengan abie


Tak habis lagi selfie

And this is last before naik boat


Bila dah gerak balik ke rumah tamu, kendiri dan solat jamak, then makan malam kat rumah Ustaz Syafie. Makan malam kat rumah ustaz pun superb. Ala-ala makan mee sup gitu la. Tapi sedap sangat. Berkali-kali jugaklah tambah supnya. Dapat pulak makan dengan geng yang makan sayur, memang layankan je. Tapi for sure air dia manis lah even letak ais. Haha. And stail orang sana buat air even ada tetamu, diorang still buat portion air tu untuk sorang-sorang. Means bancuh air tu untuk setiap cawan bukan buat dalam satu jug terus. Aku tak surelah itu memang adat diorang or kebetulan, tapi memang gitulah caranya. Sebab tak pernah tak manislah airnya. Cuma yes, aku baru teringat satu air ni yang tawar memang takdak rasa pulak. Haha. Ala-ala air teh hijau gitulah. Rasa tawar pahit-pahit sikit. Itupun ada sebagai air sampingan je time makan aiskrim. Yang lain semuanya manis.


Lepas makan malam tu, abie sempat bertakbir sempena malam raya aidiladha. Aduhai. Part ni yang lemah sangat. Starting abie bertakbir, terus aku tunduk dan menangis tiba-tiba. Bukan sebab tak dapat raya dengan family (yang ni dah prepare fizikal mental dah). Tapi aku teringat kat abah sangat-sangat. Abah dulu selalu takbir after solat. Abah kata selagi boleh bertakbir, bertakbirlah sebanyak mungkin. Bukan selalu dapat bertakbirkan. Time raya je. Itulah abah. Rindu abah sangat-sangat. Harapnya abah kat sana pun bahagia ye. Takkan pernah puas untuk akak merindui abah. Alfatihah untuk abah. Bila dah selesai bertakbir, kami pun pulang ke rumah tamu.

Makan malam di rumah Ustaz Syafie




Hari ketiga (1 September 2017/Jumaat)

Hari ketiga merupakan hari raya aidiladha. Pagi-pagi lagi aku dan kawan-kawan lain dah bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat aidiladha. Pagi tu takde pun nak touching sangat sebab stail takbir di sana berlainan version la dengan Malaysia. So dengar dan follow macam biasa. Tapi masjid memang penuh dengan muslim Vietnam la. Then khutbah dia pun guna bahasa vietnam. Jadi masing-masing buat hal sendiri je dekat saf. Haha. Lepas habis semua tu, balik ke rumah tamu and pergi breakfast makanan western yang sama macam semalam. Kemudian, yang lelaki tunggu untuk penyembelihan lembu dan kami pulak buat handmade vase untuk handicapped people yang akan kami lawat pada esok harinya. Dalam tengah hari selesai semuanya.


Lepas zohor ada makan tengah hari. Nama menunya lembu naik bukit. Kiranya, makan daging korban pagi tulah. Sedap sangat. Teringat-ingat bila sampai Malaysia. Haha. Then around jam 3.30 petang, kami bertolak balik ke Ho Chi Minh city. Cuma kali ni, Ustaz Syafie tak follow kami tapi diganti dengan anak muridnya iaitu saudara Halim. Baik budaknya. Aku takdelah kenal sangat cuma dengar-dengar dari team GISO yang dia ni memang hafiz and inshaallah after raya aidiladha ni dia akan sambung belajar di Madinah. Kira budak hebatlah. Macam biasa, perjalanan pulang sama time datang ke kampung haritu. Kena lalu jalan darat and laut dan perjalanan take time around 5 to 6 hours. Dan seperti biasa, bila dah naik bas tu, sindrom mengantuk tu mesti ada. Cuma kali ni, aku dapat berjaga lama sikit dari haritu. Kiranya tak tidur lama laa. Lebih banyak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Bila sampai di hotel, kami diberikan bilik dan buat aktiviti bebas. Time ni memang penat. Dah settle semuanya terus tidur. Haha. Esoknya nak berjalan lagi so kumpul tenaga semula.



Masjid di kampung tersebut

Otw ke masjid



View dari atas masjid

Mastermind projek handmade vase

Hasilnya
Qurban
Lunch. Menu:lembu naik bukit




Hari Keempat (2 September 2017/Sabtu)

Kami berkumpul di lobi hotel dalam jam 8.15 pagi. Then breakfast di District 1. Actually, plan asal tempat makan tu tempat lain tapi sebab vietnam meraikan hari kemerdekaan pada hari tersebut, jadi banyak kedai makan tutup. Nasib baik still ada tempat makan muslim area situ. Mula-mula sampai tempat makan tu macam awkward sikitlah sebab kena masuk lorng-lorong kecik je sebab bas memang berhenti tepi jalan tapi bila dah sampai kedai makan tu, persekitaran tempat tu memang bersih takde sampah sarap bertaburan even kawasannya belakang bangunan. Breakfast kami pagi tu adalah mee sup versi vietnam. Sedap sangat.


Then settle breakfast, kami pun mulakan perjalanan ke Handycapped Handycraft Centre yang makan masa dalam sejam setengah. Tempat ni menempatkan orang yang kelainan upaya (OKU) yang pandai buat kraftangan cantik-cantik belaka. Design dia semua cantik sangat. Cuma waktu kami datang ni, diorang tengah cuti sebab hari merdeka vietnam kan. So yang ada manager and workers yang lain je. Jadi sempat bagi plag and sumbangan travel kit dan beg-beg terpakai kepada manager je. Kat sini dalam 20 minit je.


Selfie dengan Abie di pagi hari


Mee sup versi vietnam

Venue breakfast

Di handicapped handicrafts





Then, around jam 12.15 tengah hari, kami proceed ke Cu Chi Tunnel. Salah satu tempat bersejarah di vietnam. Cu Chi Tunnel ni merupakan tempat persembunyian penduduk vietnam sebelum diorang dapat kemerdekaan. Bila sampai di destinasi, kami dibawa oleh seorang tour guide namanya Mr Lam. Kelakar orangnya. Time briefing setiap port bersejarah dalam kawasan tu pun buat lawak lagi. Memang sempoilah. Servis terbaik. Kami melawat kawasan ni dalamsejam setengah. At the end of the visit, dapat makan ubi rebus dengan air teh hijau yang tawar pahit tu. Haha. Dapat tu pun kira dah sedap sangat dah. Before nak makan tengah hari, sempat nak ambil gambar depan bangunan entrance Cu Chi Tunnel. Semangat siap pegang banner semua tapi tak sempat nak bergambar proper, Halim bagitahu yang tak boleh bergambar dengan banner-banner yang ada. Sebab risau banner tu ada maksud lain. Tapi sempat jugak bro Nuqman ni curi-curi ambil gambar mana yang sempat. Haha. Venue lunch tak jauh dari Cu Chi Tunnel. 10 minit je dari situ. Peluh tengah hari time tu tak sempat nak hilang lagi. Lunch kat sini pun sedap. Haha. Kat situ buat solat jamak siap-siap. Dalam pukul 3.45 petang baru gerak ke next destination which is Muzium Perang.





Volunteer model

Berehat sekejap


Abie :)

Di akhir venue disediakan ubi rebus

Semangat makan ye anak-anak

Selfie dengan Mr Lam berbaju hijau

Dalam pukul 5.30 petang kami sampai ke Muzium tu. Dapat tengok kawasannya dalam sejam je sebab muzium tu nak tutup dah. Tapi sempatlah jugak tawaf habis dalam muzium tu and ambil gambar buat kenangan. Kat sini pun hampir kantoi dengan penjaga muzium ni time kami nak ambil gambar dengan banner. Tapi cepat-cepat simpan semula banner tu. Haha. Diorang memang strict sikitlah bab-bab ni. Takut timbul isu apa-apa kann.


Muzium Perang






Lepas tu, dalam jam 6.45 petang, Halim nak bawak kami kat satu kilang telekung dan tudung yang murah-murah. Tapi bila sampai, diorang tutup pulak sebab cuti merdekakan. Mungkin disebabkan rasa serba salah Halim tu, dia bawak pulak pergi kedai beg dan kedai telekung yang lain. Kat kedai beg tu, harganya standardlah. But kat kedai telekung tu, memang murah. Lelaki perempuan semuanya beli. Bukan takat telekung je, tudung macam-macam jenama terhebat di Malaysia pun ada. Tinggal nak pilih je. Keadaan kat kedai telekung ni boleh tahan kecoh kejaplah dengan kehadiran kami. Haha. Ada yang siap buat video call dengan adik beradik sebab banyak pilihan yang boleh dipilih. Aku pun sempat grab telekung trend sekarang. Murah sangat. RM20-RM24 je. Kalau kat Malaysia dalam RM40-RM50 tak termasuk postage lagi. Haha. Nak dekat sejam jugaklah kat kedai ni. Hasilnya, memang berplastik-plastik budak-budak ni bawak naik bas. Haha. Timing makan malam pun dah lari.





Lepas dah settled membeli-belah, kami singgah hotel kejap untuk letak barang-barang. Then pergi makan di salah satu tempat makan muslim di situ. After habis makan, sempat pergi ke pasar malam berdekatan. Pasar malam kat situ bersebelahan dengan Ben Thanh Market cumanya Ben Thanh Market buka waktu siang je. Barang kat situ pun murah-murah. Asal ada yang berkenan, grab je. Aku sempat beli dress untuk mak and sepupu, keychain and magnet peti ais tu. Harga semuanya murah-murah. Rambang mata nak pilih. Dalam pukul 12.00 malam baru balik ke hotel. Trip pertama yang balik tu, aku, Masit, Atul, Abie and beberapa travellers yang lain lagi. Time ni memang dah penat sangat and abie pun mintak izin Ustaz Azim gerak balik dulu nak rehat. Halimlah yang lead kami time tu. Kalau nak suruh kami balik sendiri memang tak jumpa jalan baliklah ceritanya. Sebab kat situ memang banyak jalan and kenderaan pun banyak so kita pun baru first time sampai situ jadi memang tak familiar lagi. Balik hotel rehat and tidur. Esoknya nak shopping lagi kat Ben Thanh Market pulak. Haha.


Hari Kelima (3 September 2017/Ahad)

Pagi ni kami breakfast dekat-dekat dengan tempat dinner kami semalam. Macam biasa berkumpul kat lobby jam 8.00 pagi then pergi breakfast sebelum ke Ben Thanh Market. Dah selesai makan, aroun jam 9.45 pagi kami gerak ke market tu. Time ni memang dah berpecah dah semua orang. Masing-masing mencari souviners sendiri. Sebab waktu yang diberikan hanya sejam lebih saja. Jam 11.00 pagi kena berkumpul dan bergerak balik hotel untuk prepare balik Malaysia. Aku sempat jalan dengan Atul dan Masit sebab time ni kami antara yang lewat keluar kedai makan. Yang lain berdesup pergi bila habis makan especially Kakucu and Dekna. Semangat sangat nak pergi shopping tu. Haha.



Hari terakhir breakfast di Vietnam

Stail orang vietnam jual beli, once kita dah pergi kedai tu and tanya macam-macam, kita kena beli barang tu jugak. Kalau tak nanti diorang akan sumpah seranah dalam bahasa diorang. Ataupun nanti ada yang kena pukul sebab tak beli barang diorang. Pukul tu takdelah sampai masuk kes polis tapi kalau orang asing yang buat kat kita macam tu siapa yang tak terkejutkan. Sama jugak masa pergi ke pasar malam malam tu. Halim pun memang dah pesan awal-awal kat kami. Kalau sekadar nak tahu harga tapi taknak beli, takpayah tanya langsung. Tengok je. Bila aku start cuci mata, tak habis pusing satu market tu lagi dah tanya kat satu kedai ni kain sutera vietnam. Cantik kainnya. Dapatlah beli sikit buat kenangan. Haha. Time nak pilih colour pun confused sebab banyak pilihan. Adelah nak dekat 20 minit kat situ. Atul and Masit tengok gerai tshirt vietnam depan kedai kain ni. Diorang pun sangkut beli jugak. Banyaklah diorang beli. Sampai aku pun sempat grab 8 helai tshirt untuk family aku kat situ lepas beli kain sutera tu. Haha. Harga pun okay sangat sebab lagi kita beli banyak, lagi dapat murah. Dah settled beli tshirt tu, saja pusing-pusing tempat lain sebab still ada masa berbaki around 20 minutes lagi. Kejap-kejap jumpa budak-budak ni beli kat merata tempat. Ada yang dah settled beli and dah berkumpul untuk balik hotel, tup tup masuk balik market ni nak beli benda lain pulak. Lahai. Menyempat je kan korang ni.



Jam 10.00 pagi berkumpul depan Market. Tapi Kakwa and Aten tertinggal bas sebab excited shopping. Jadi, naiklah teksi diorang berdua ni. Kelakar je tengok gelagat diorang. Balik hotel kemas apa yang patut. Pukul 11.45 berkumpul kat lobby untuk check out hotel. Kemudian, kami sempat lunch di salah satu kedai makan muslim yang berdekatan dengan masjid. Time lunch ni abie ada bagi sepatah dua kata and sesi penghargaan kepada Ustaz Syafie dan Halim sebab sudi jadi translator untuk kami. Pihak travel agent pun ada bagi sedikit ucapan atas kerjasama sepanjang berada di vietnam dan penghargaan kepada travellers yang sangat sempoi. Haa. Kamilah tu. Kah! Memang muka tak bersalah je kalau nak menyakat diorang berdua ni. Selesai makan, kami solat di masjid sebelah tu. Then, dalam jam 1.45 petang kami gerak ke airport. Dari masjid ke airport tu tak jauh. Dalam 20 minit je. Nak tidur pun tak sempat. Haha. Dah sampai airport jam 2.10 petang, sempat ucap terima kasih kat Ustaz Syafie dan Halim sebab sudi layan kami dan sempat jugak selfie dengan diorang buat kenangan.



Sepatah dua kata dari Abie


Selfie dengan Ustaz Syafie dan Halim

Tengah beratur check in luggage pun sempat selfie


Time kat airport ni. Flight pulak delay dalam sejam. Maka mereputlah kami kat situ macam time kat KLIA haritu. Sempat jugak tidur dalam setengah jam. Yang lain buat hal masing-masing. Bila nak dekat waktu departure jam 6.30 petang, kelam kabut pulak mencari abie sebab abie kata nak tidur kat bilik yang disediakan (kalau tak silaplah). Tapi budak-budak ni cari tak jumpa. Ahh. Risau jugak. Sekali tengok abie turun dari escalator dengan senyuman. Haha. Pandai abie buat lawak but sokaylah still timing tak lari sangat. Aku risau abie sorang je tak sempat balik Malaysia time tu. Keh. Time ni pulak aku serious cakap kat Masit suruh dia bawak bantal comel aku tu sebab aku segan. Hahaha. Aku siap pesan lagi kat dia yang aku taknak pakai pun bantal tu dalam flight sebab dah tidur kat airport. Sekali bila naik flight, aku orang pertama yang tidur. Memang kena bahanlah dengan si Masit ni. Haha. Memang sindrom aku dalam flight suka tidur lagi daripada tengok movie. Haha.


Sampai KLIA dalam jam 8.15 malam. Tunggu nak keluar flight lagi, imigresen lagi dengan ramai umat manusia kat imigresen tu buatkan pergerakan jadi lambat. Dalam jam 9.15 malam jugaklah baru lepas dari kaunter tu. Then cari luggage pulak. Nasib UUstaz Azim dan bro Nuqman tu dah kumpulkan siap-siap just tinggal ambil luggage kita je. Lepas tu, abie ajak solat jamak dulu baru balik USIM memandangkan bas pun datang dalam pukul 10.00 malam. Sebelum balik USIM tu, abie sempat ajak makan di Restoren Assalam. Time ni sempatlah abie share ibrah dari mengembara ke vietnam ni and mintak kami share pendapat kami semua. Apa yang boleh aku simpulkan ialah muslim Vietnam memang memerlukan sumbangan dan dana dari kita. Sebab populasi mereka kat sana tak ramai jadi ada lagi perkara-perkara yang kurang dari segi bahan bacaan dan pembangunan diorang. Memang rasa berbezalah dengan Malaysia. Bersyukurlah kita dilahirkan di negara yang aman makmur, tempat belajar yang kondusif dan prasarana yang cukup. Kat sana serba kekurangan. Guna apa yang ada je. Memang kesian dan sedihla tengok keadaan diorang.



Bro Nuqman dah kumpulkan luggage.

Sharing session dengan Abie

Selesai makan, jam 11.30pm, aku mintak izin abie untuk tak balik ke USIM naik bas sebab aku mintak Ain (housemate) ambilkan aku and Masit then nak ambil kereta kat Pajam terus malam tu. Dalam jam 12.30 malam jugaklah sampai rumah. Kemas apa yang patut. Kendiri dan tidur. Esok paginya pulak nak gerak balik Perak.


Sungguh, kembara aku ke bumi Vietnam ini memang menyentuh hati aku. Terlalu banyak pengalaman dan ibrah yang aku dapat sepanjang berada di sana. Kalau masuk kampung tu, memang rasa banyak yang perlu kita sumbang lagi especially sumbangan dana. Berbeza bila berada di Ho Chi Minh city, pembangunan di situ agak maju even kawasan agak padat. Kalau diberi peluang lagi, teringin nak pergi ke situ lagi dan bantu mereka yang susah. Terima kasih Allah atas peluang ini.


“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.” (Al-Mulk:15)


Wallahua’lam.
Kidsasisian.