bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
in the name of Allah the most gracious and the most merciful..
21 December 2016 . Rabu
Pagi tu aku dah get ready untuk
balik nilai sebab hari jumaat aku ada first paper untuk exam semester ni.
Memang dah jadi kebiasaan aku balik awal 2 hari sebelum bermulanya hari pertama
exam. Sekurang-kurangnya ada satu hari lagi untuk aku buat persediaan exam
nanti memandangkan the first paper tu pun one of the killer subject for this
sem.
Pagi tu juga seperti biasa, abah
akan check kan kereta. Tengok enjin kereta and so on. Itu juga sudah menjadi
kebiasaan bagi abah setiap kali sebelum aku pulang ke nilai untuk elakkan
masalah yang tak diingini berlaku semasa perjalanan aku balik ke sana. Dan pada
saat itu, boleh aku katakan tanda-tanda abah mahu pergi memang tiada. Lepas
abah checkkan kereta, mak perasan yang pewangi glade yang baru abah lekatkan
malam tadi di atas dashboard kereta tu senget. Macam tercabut dari pelekatnya. Bila mak
bagitahu abah, terus abah meluru masuk dalam bilik and ambil double tape (I
don’t know actually namanya double tape or apa tapi yang boleh bagi lekat
barang lah). Then abah bawak keluar pewangi tu dan tukar pelekat tu dengan
pelekat baru. Kemas dan rapi sangat abah buat. Dan amat teliti masa nak set
upkan pewangi tu semula dalam kereta. And till now, pewangi tu masih tetap
teguh dan tak jatuh or senget pun. Boleh aku katakan itulah benda terakhir yang
abah buat untuk aku sebelum abah pergi.
Bila pewangi tu dah siap di set
up, it’s time to say good bye to my parent. Dan aku tak pernah menyangka, itulah
kali terakhir aku salam abah. Kali terakhir aku cium tangan abah. Dan saat itu
jugalah merupakan kali terakhir aku peluk abah. Sempat abah berpesan pada aku,
‘belajar elok-elok, jawab exam betul-betul.’ Masa tu aku rasa pelik sebab
kebiasaannya kalau tiba waktu exam, abah akan berpesan lebih kurang begini,
‘jawab exam elok-elok, try your best.’ Tapi kali ni lain. Di pesannya supaya
belajar elok-elok juga. Cuma waktu tu aku malas nak ambil pusing. Tapi baru
kini aku faham kenapa abah pesan untuk belajar elok-elok juga. Kerana itulah
pesanan terakhir abah sebelum dia pergi. Wallahi, kalau aku tahu abah bakal
dijemput Ilahi pada esok harinya, sudah pasti aku memang takkan balik nilai
hari tu. Dan sudah pasti aku akan peluk erat tubuh abah semahu-mahunya.
Tapi siapalah kita yang mahu
melawan takdir Dia. Siapalah kita yang mahu mengingkar perancangan Dia.
Siapalah kita yang mahu menyalahi percaturan Dia. Kerana Dia lebih tahu segala-galanya.
Kerana Dia maha Berkuasa. Kerana Dia maha Kaya. Dan semestinya setiap apa yang
berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya.
Cuma sampai kini, aku masih
mencari hikmah itu. Aku tak mahu menyalahkan takdirNya. Kerana itu seakan-akan
aku mempertikaikan perancangan Dia. Sedangkan perancangan Dialah yang paling
hebat. Aku saja yang terlalu ego dan merasakan perancangan Dia tak adil.
Allahu. Berikan aku kekuatan.
22 December 2016 . Khamis
Jam 12.48 tengah hari, aku belek
fon aku dan nampak ada 3 missed calls dari mak. Missed call pertama pada jam
12.37, missed call kedua jam 12.39 dan missed call ketiga pada jam 12.43. Tapi
disebabkan aku silent fon aku dengan alasan untuk focus study membuatkan aku
terlepas call dari mak.
Dan dengan izin tuhan, beberapa
minit lepas missed call dari mak, aku tergerak hati nak tengok fon kot kot ada
notifications dari whatsapp. Tapi yang aku dapat hanya missed call dari mak.
Tanpa aku fikir panjang, terus aku call mak semula.
Once bila mak angkat, Allahu..
aku dapat tangkap yang mak tengah menangis. The first sentence yang mak cakap
kat aku adalah ‘kakak, boleh balik sekarang tak? Kalau boleh balik jugak hari
ni’. Aku terkejut. Aku tanya mak semula kenapa. Dan mak cakap ‘abah accident’.
Allahu akbar.
Luruh jantung aku bila dengar
berita tu. Wallahi aku terus menangis on the spot. Tak pernah aku bayangkan
yang aku akan alami keadaan macam tu. Mak sambung lagi ‘kakak ajaklah sesiapa
balik teman akak, kalau takde siapa temnkan, minta tolong makteh temankan
balik’. Aku terus mengiyakan saja kata-kata mak sambil mengesat air mata. Lepas
end call dengan mak, aku try call makteh tapi makteh bagitahu pakteh tak berapa
sihat, kaki bengkak. Then, aku try call kawan aku yang takde exam dalam waktu
terdekat masa tu, diorang pun tak dapat nak teman sebab ada hal lain. Tapi nak
katakan perancangan Allah itu hebat, aku teringatkan seorang kawan aku yang
memang tak ambil exam dengan aku pada hari jumaat. Aku cuba call minta tolong
dengan dia. Alhamdulillah beliau sanggup teman aku balik. Terima kasih aina.
Moga tuhan berkati hidup kamu dan dipermudahkan segala urusan.
Lepas settle dengan aina, kakak
roommate aku offer untuk kemaskan barang aku. Aku iyakan saja sebab time tu
memang aku tengah blur buntu tak boleh nak fikir. Kalaulah aku mampu terbang
sampai ke perak, memang dah lama aku buat. Tapi dalam masa kakak roommate aku
tolong kemaskan barang aku, aku sempat tanya dekat dia, ‘kak nani, macam mana
kalau sebenarnya abah dah takde?’ T_T
Allahu.
Kak nani hanya menidakkan saje
telahan aku. Dia suruh aku doa banyak-banyak moga abah tak teruk. Okay, aku
cuba positif. Sebelum aku gerak keluar, sempat aku salam housemates aku yang
lain sambil mintak doakan yang abah takde pape.
Beberapa minit sebelum jam 1.30
tengah hari, aku dah ready nak gerak. Masa aku tunggu kawan aku yang dapat
temankan aku balik haritu, aku sempat call adik lelaki aku, acik. Aku tanya
dia, dia dah gerak belum, abah accident teruk ke and lain-lain lagi. Tapi acik
pun tak dapat kepastian keadaan abah time tu sebab dia pun baru nak gerak balik
dari penang. Lagi buat aku makin risau tapi aku masih nak positif lagi.
Sebelum masuk tol nilai, aku dah
siap-siap isi minyak and topup touch n go. Dan masa tu, aku ade terima satu
message dan satu missed call dari nombor yang aku tak save. Nombor missed call
dan nombor message adalah nombor sama. Sebelum aku call semula nombor tu, aku
buka message. Dalamnya tertulis, ‘takziah.. angkat call ustazah sat’. Jadi aku
boleh agak ni mesti ustazah masa aku sekolah rendah dulu. Dan bila call, memang
betul dari ustazah Rohaila. Ustazah tanya aku kat mana and so on, aku pun cakap
lah yang aku baru nak gerak balik semua tu. dan ustazah pesan hati-hati drive
dan macam biasa aku pun iyakan saja. Tapi message yang ustazah aku hantar tadi
tu, aku tak terlalu ambil pusing. Aku tak terfikir perkataan takziah itu
sebenarnya menunjukkan bahawa abah dah meninggal. I just thought it was just a
common condolences bila ada accident.
Then, the incident that I never
thought it will happen to me hampir tiba. Angah call masa aku otw kat highway.
Tapi aina yang tolong angkatkan. Dia tanya aku kat mana. Then angah pesan suruh
terus balik rumah. End call. T_T
Aku jadi makin kosong. Aku tak
puas hati. Kenapa kena terus balik? Kenapa tak ke mana-mana hospital yang
merawat abah? Wallahi aku memang tak sedap hati. Terus aku minta aina whatsapp
angah and tanya keadaan abah.
And after angah reply msg tu,
aina mintak aku berhenti tepi highway dulu. Allahu allahu. Aku memang dah agak
mesti ada something wrong somewhere dengan abah but everybody keeps hiding from
me. T_T
And bila aku dah stopkan kereta,
aina pun serba salah nak bagitahu but aku insist jugak nak tahu. She told me to
relax and accept the news dengan redha. Aku tanya aina, ‘abah dah takde ke?’
And she nods. Angah replied ‘abah dan meninggal. Harap mira drive elok-elok.’
Allahu Allah.
Gelap dunia aku sekejap. Aku
diam. Aku menangis. It is very hard for me to accept the fate. Aku sendiri tak
tahu nak respon macam mana. Lelaki pertama yang paling aku sayang, yang paling
aku cinta, yang paling aku rapat, sudah pergi menghadap ilahi.
Wallahi aku tak kuat.
Tapi aku tak boleh nak menangis sesedih-sedihnya.
Sebab aku perlu drive sampai ke perak. Sampai aku jumpa arwah abah untuk kali
terakhir. Aku diam beberapa minit. Then, aku kumpul kekuatan aku untuk aku
mulakan drive semula. Masa ni aku dah tak kisah had laju highway. Memang aku
pecut selaju-lajunya. Sampaikan kereta depan aku yang ada dekat lane paling
kanan, aku high beamkan supaya kereta tu dapat bagi aku laluan. Aku dah tak
kisah kalau kena saman sekalipun. Apa yang penting, aku kena sampai perak
secepat mungkin.
Dan selepas angah bagitahu berita
tu, bertalu-talu incoming calls dari saudara mara. Tanya aku kat mana and so
on. Dan sempat aku pesan kat aina minta dia bagitahu housemate aku yang lain
yang abah dah meninggal dan minta diorang tolong settlekan penangguhan exam aku
hari jumaat. Dan lepas tersebarnya berita kematian abah, maka bertalu-talu
whatsapp masuk dalam group kuliah dan personal yang mengucapkan salam takziah.
Tapi semua tu aku mintak aina yang tolong replykan mana yang boleh.
Dan bila aku sampai area
sekinchan/sabak, angah call lagi, tanya kat mana dah. Then angah pesan lagi,
angah minta maaf kalau aku sorang je yang tak sempat nak jumpa abah untuk kali
yang terakhir. Mungkin akan dikebumikan secepat mungkin sebab abah cedera teruk
di bahagian kepala.
Aku akur. Tak membantah. Aku
faham situasi yang berlaku. Takkan aku nak merayu juga supaya tunggu aku sampai
sana baru boleh kebumi. Aku dapat bayangkan macam mana teruknya abah accident
sampaikan urusan pengebumian perlu diselesaikan secepat mungkin. Mak pun ada
whatsapp tanya aku kat mana, tapi aku memang bagitahu mak awal-awal kalau
jenazah abah nak dikebumikan secepat mungkin, aku redha. Sebab aku pun taknak
menyeksa jenazah semata-mata nak kena tunggu aku sampai. Walaupun sakit dan
perit untuk aku terima semua ni, aku kena terima jugak.
Sepanjang perjalanan aku balik,
aku sentiasa berdoa moga tuhan kuatkan aku sampai aku tiba nanti. Dan selepasa
dari tu juga, banyak kali angah dan kak rina (sepupu aku) call tanya aku kat
mana sebab jenazah nak dikebumikan. Aku just cakap teruskan saja. Aku okey. Aku
redha. Dan pada jam 5 lebih (Im not really sure the exact time abah
dikebumikan, but area waktu tu lah), abah dikebumikan. Aku memang tak boleh nak
pecut dah time ni sebab jalan satu lane. Lori besar-besar banyak. Aku tak
berani nak potong. Jadi take time dekat area lekir.
Dan pukul 6 petang aku sampai di
tanah perkuburan. Masa otw nak ke tanah perkuburan, orang kampung, jiran-jiran
dan kenalan arwah abah semua mula gerak balik. Dan di tanah perkuburan tu
tinggal saudara-mara saja. Aku keluar kereta aku peluk atok sedara aku dulu sebab dia ade dekat dengan kereta
yang aku parking. Aku menangis semahu-mahunya. Atok sedara aku suruh aku kuat.
Sudah tertulis sampai sini saja perjalanan hidup abah. Aku akur. Then, aku nampak
mak aku dekat depan tanah perkuburan tu, aku berlari ke arah mak. Lagi aku
menangis seesak-esaknya. Memeluk erat mak. Allahu Allah. Bila aku dah tenang,
aku pergi ke kubur abah, sempat aku hantarkan secebis doa untuk abah. moga
Engkau perkenankanlah ya Allah.
Bila semua selesai, kami pulang
ke rumah. Mak bagitahu, mak dan adik beradik selain dari aku dapat tengok muka
abah. Dapat cium abah di pipi kanan. Tapi cuma sekejap sangat sebab pihak yang
menguruskan jenazah abah bagitahu bahawa jenazah perlu dikebumikan secepat
mungkin. Dari cerita mak juga, abah accident motor kena langgar dengan lori
ayam dekat pekan ayer tawar. Parah di bahagian kepala. Meninggal di tempat
kejadian dan kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi hari tersebut.
Dan mak bagitahu juga sebenarnya
masa mak call aku bagitahu abah accident, waktu tu sebenarnya abah dah takde.
Mak taknak aku risau sebab aku kena drive balik. Dan msg salam takziah dari
ustazah aku tu pun sebenarnya ustazah aku dah tahu abah dah takde sebab ustazah
pun pergi ke hospital manjung, tempat abah dimandikan sehingga disembahyangkan.
Tapi sengaja ustazah diamkan sebab taknak bagi aku risau.
It is very hard and tough for me.
And I know mak will feel more than me. Aku cuba untuk tidak melawan takdir.
Menangis air mata darah sekalipun takkan mampu kembalikan abah ke alam dunia
ini. Aku cuba untuk belajar redha even sampai sekarang aku akan menangis dengan
tiba-tiba bila terkenangkan moments aku dengan abah masa abah hidup.
Wallahi, takkan pernah puas untuk
aku kumpulkan kenangan aku bersama abah. Kerana boleh aku katakan bahawa aku amat
rapat dengan abah. Kerana dialah lelaki pertama yang membuatkan aku jatuh cinta
dan sayang kepadanya. Kerana dialah lelaki terhebat di mata aku. Kerana dialah
heroku. Kerana dialah pendorong semangat aku bila mana aku ada masalah.
Sungguh aku tak sangka tuhan akan
ambil abah secepat ini.
Sungguh aku tak sangka tuhan
hanya pinjamkan abah sesingkat ini.
Sungguh aku tak sangka Ramadan
tahun ini merupakan Ramadan terakhir aku bersama abah.
Sungguh aku tak sangka, raya
tahun ini juga merupakan raya terakhir aku dengan abah.
Sungguh aku tak sangka, salaman
dan pelukan aku pada abah sehari sebelum kejadian berlaku merupakan salaman dan
pelukan terakhir aku dan abah.
Allahu allah.
Kerana aku masih percaya akan
takdir yang Engkau tentukan buat aku, aku terus berharap agar akan ada sinar
kebahagiaan di sebalik kisah duka ini.
Ya Allah,
Terima kasih kerana Engkau telah
meminjamkan aku seorang abah yang sangat sempurna dimataku.
Terima kasih kerana Engkau telah
meminjamkan aku seorang abah yang sangat bertanggungjawab terhadap keluargaku.
Terima kasih kerana Engkau telah
meminjamkan aku seorang abah yang sangat memahami dan menyayangi isteri dan
anak-anaknya.
Terima kasih kerana Engkau telah
meminjamkan aku seorang abah yang suka memberi sokongan moral pada anak-anaknya.
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih untuk
segala-galanya.
Tempatkanlah abah dalam kalangan
orang yang beriman dan yang beramal soleh. Terimalah segala amal baik abah di
dunia ini sebagai saham akhirat di sana.
Ameen.
Kerana aku percaya dengan
kata-kata cinta dariNya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, aku cuba
belajar untuk redha. Aku cuba belajar untuk pasrah. Walaupun aku masih tak
kuat. Tapi aku yakin bahawa tuhan takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan
kita. Moga Engkau berikan aku kekuatan sekuat-kuatnya.
Hingga saat ini, tika aku menulis
coretan ini, air mata masih mengalir tanpa aku pinta. Sungguh, kejadian ini
masih segar dalam ingatan aku.
Aku masih mengharapkan agar apa
yang aku alami ini cumalah satu mimpi. Tapi, aku perlu sedar ini memang sudah
suratan takdir aku dan family.
Terlalu banyak benda aku nak
cerita dengan abah lagi. About my life, my problems, my studies and macam-macam
lagi. Sebab mostly aku banyak share stories dengan abah. But now, it will not
happen anymore. Hanya doa sahaja penghubung antara aku dan abah. Aku yakin,
Allah akan hantarkan doa aku pada abah. Sebab itu, sejak dari insiden itu, aku
takkan pernah tinggal untuk doakan abah. Mendoakan kesejahteraannya di sana. Moga
abah tenang di sana ye abah.
Harini genap 15 hari abah pergi
menghadap Ilahi.
Buat abah,
Mungkin sudah sampai masanya
untuk abah pula berehat di sana.
Terima kasih kerana telah menjadi
abah yang terbaik buat kami.
Abah yang paling sempurna di mata kami. Abah yang
paling suka memberi nasihat buat kami. Doa kami sentiasa mengiringi abah.
Tenanglah abah di sana. Rehatlah
sepuas-puasnya.
Terima kasih untuk
segala-galanya.
Raya Terakhir bersama Abah |
Jutaan terima kasih kepada pihak
yang menguruskan jenazah abah dari mula sampailah selesai dikebumikan, kenalan
abah yang terlalu ramai hadir di hospital manjung dan semasa pengebumian
sebagai tanda penghormatan terakhir, saudara mara dan jiran-jiran yang
sama-sama hadir semasa pengebumian abah, saudara mara yang datang dari jauh
walaupun tak sempat nak jumpa abah buat kali terakhir, cikgu-cikgu sekolah
rendah yang hadir dan ziarah ke rumah, sahabat yang sudi teman balik dari nilai
sampai ke perak, sahabat-sahabat university yang datang ziarah jauh-jauh,
sahabat-sahabat adik beradik yang lain yang tak putus-putus hadir selama beberapa
hari kami berada di rumah dan tak lupa juga kepada mereka yang menyampaikan
salam takziah melalui whatsapp sampaikan tak sempat nak reply satu per satu
dalam tempoh yang terdekat ketika itu. Moga tuhan berkati hidup kalian dunia
akhirat. Dipermudahkan segala urusan. Terima kasih sekali lagi.
Mohon doa kalian agar abah tenang
di sana.
Casino Hotel and Spa Casino in Maricopa - Mapyro
ReplyDeleteWelcome to 전라북도 출장샵 Casino Hotel and Spa Casino in 서산 출장안마 Maricopa, Arizona. View detailed customer 양산 출장안마 reviews, videos, photos, geolocation & phone 안산 출장안마 number of Casino Hotel Rating: 7.4/10 · 하남 출장마사지 5 reviews