Friday 6 January 2017

Perginya Lelaki Pertama Yang Paling Aku Sayang. Alfatihah untuk Abah.

bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
in the name of Allah the most gracious and the most merciful..


21 December 2016 . Rabu

Pagi tu aku dah get ready untuk balik nilai sebab hari jumaat aku ada first paper untuk exam semester ni. Memang dah jadi kebiasaan aku balik awal 2 hari sebelum bermulanya hari pertama exam. Sekurang-kurangnya ada satu hari lagi untuk aku buat persediaan exam nanti memandangkan the first paper tu pun one of the killer subject for this sem.

Pagi tu juga seperti biasa, abah akan check kan kereta. Tengok enjin kereta and so on. Itu juga sudah menjadi kebiasaan bagi abah setiap kali sebelum aku pulang ke nilai untuk elakkan masalah yang tak diingini berlaku semasa perjalanan aku balik ke sana. Dan pada saat itu, boleh aku katakan tanda-tanda abah mahu pergi memang tiada. Lepas abah checkkan kereta, mak perasan yang pewangi glade yang baru abah lekatkan malam tadi di atas dashboard kereta tu senget.  Macam tercabut dari pelekatnya. Bila mak bagitahu abah, terus abah meluru masuk dalam bilik and ambil double tape (I don’t know actually namanya double tape or apa tapi yang boleh bagi lekat barang lah). Then abah bawak keluar pewangi tu dan tukar pelekat tu dengan pelekat baru. Kemas dan rapi sangat abah buat. Dan amat teliti masa nak set upkan pewangi tu semula dalam kereta. And till now, pewangi tu masih tetap teguh dan tak jatuh or senget pun. Boleh aku katakan itulah benda terakhir yang abah buat untuk aku sebelum abah pergi.

Bila pewangi tu dah siap di set up, it’s time to say good bye to my parent. Dan aku tak pernah menyangka, itulah kali terakhir aku salam abah. Kali terakhir aku cium tangan abah. Dan saat itu jugalah merupakan kali terakhir aku peluk abah. Sempat abah berpesan pada aku, ‘belajar elok-elok, jawab exam betul-betul.’ Masa tu aku rasa pelik sebab kebiasaannya kalau tiba waktu exam, abah akan berpesan lebih kurang begini, ‘jawab exam elok-elok, try your best.’ Tapi kali ni lain. Di pesannya supaya belajar elok-elok juga. Cuma waktu tu aku malas nak ambil pusing. Tapi baru kini aku faham kenapa abah pesan untuk belajar elok-elok juga. Kerana itulah pesanan terakhir abah sebelum dia pergi. Wallahi, kalau aku tahu abah bakal dijemput Ilahi pada esok harinya, sudah pasti aku memang takkan balik nilai hari tu. Dan sudah pasti aku akan peluk erat tubuh abah semahu-mahunya.  

Tapi siapalah kita yang mahu melawan takdir Dia. Siapalah kita yang mahu mengingkar perancangan Dia. Siapalah kita yang mahu menyalahi percaturan Dia. Kerana Dia lebih tahu segala-galanya. Kerana Dia maha Berkuasa. Kerana Dia maha Kaya. Dan semestinya setiap apa yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya.

Cuma sampai kini, aku masih mencari hikmah itu. Aku tak mahu menyalahkan takdirNya. Kerana itu seakan-akan aku mempertikaikan perancangan Dia. Sedangkan perancangan Dialah yang paling hebat. Aku saja yang terlalu ego dan merasakan perancangan Dia tak adil. Allahu. Berikan aku kekuatan.


22 December 2016 . Khamis

Jam 12.48 tengah hari, aku belek fon aku dan nampak ada 3 missed calls dari mak. Missed call pertama pada jam 12.37, missed call kedua jam 12.39 dan missed call ketiga pada jam 12.43. Tapi disebabkan aku silent fon aku dengan alasan untuk focus study membuatkan aku terlepas call dari mak.

Dan dengan izin tuhan, beberapa minit lepas missed call dari mak, aku tergerak hati nak tengok fon kot kot ada notifications dari whatsapp. Tapi yang aku dapat hanya missed call dari mak. Tanpa aku fikir panjang, terus aku call mak semula.

Once bila mak angkat, Allahu.. aku dapat tangkap yang mak tengah menangis. The first sentence yang mak cakap kat aku adalah ‘kakak, boleh balik sekarang tak? Kalau boleh balik jugak hari ni’. Aku terkejut. Aku tanya mak semula kenapa. Dan mak cakap ‘abah accident’.

Allahu akbar.

Luruh jantung aku bila dengar berita tu. Wallahi aku terus menangis on the spot. Tak pernah aku bayangkan yang aku akan alami keadaan macam tu. Mak sambung lagi ‘kakak ajaklah sesiapa balik teman akak, kalau takde siapa temnkan, minta tolong makteh temankan balik’. Aku terus mengiyakan saja kata-kata mak sambil mengesat air mata. Lepas end call dengan mak, aku try call makteh tapi makteh bagitahu pakteh tak berapa sihat, kaki bengkak. Then, aku try call kawan aku yang takde exam dalam waktu terdekat masa tu, diorang pun tak dapat nak teman sebab ada hal lain. Tapi nak katakan perancangan Allah itu hebat, aku teringatkan seorang kawan aku yang memang tak ambil exam dengan aku pada hari jumaat. Aku cuba call minta tolong dengan dia. Alhamdulillah beliau sanggup teman aku balik. Terima kasih aina. Moga tuhan berkati hidup kamu dan dipermudahkan segala urusan.

Lepas settle dengan aina, kakak roommate aku offer untuk kemaskan barang aku. Aku iyakan saja sebab time tu memang aku tengah blur buntu tak boleh nak fikir. Kalaulah aku mampu terbang sampai ke perak, memang dah lama aku buat. Tapi dalam masa kakak roommate aku tolong kemaskan barang aku, aku sempat tanya dekat dia, ‘kak nani, macam mana kalau sebenarnya abah dah takde?’ T_T

Allahu.

Kak nani hanya menidakkan saje telahan aku. Dia suruh aku doa banyak-banyak moga abah tak teruk. Okay, aku cuba positif. Sebelum aku gerak keluar, sempat aku salam housemates aku yang lain sambil mintak doakan yang abah takde pape.

Beberapa minit sebelum jam 1.30 tengah hari, aku dah ready nak gerak. Masa aku tunggu kawan aku yang dapat temankan aku balik haritu, aku sempat call adik lelaki aku, acik. Aku tanya dia, dia dah gerak belum, abah accident teruk ke and lain-lain lagi. Tapi acik pun tak dapat kepastian keadaan abah time tu sebab dia pun baru nak gerak balik dari penang. Lagi buat aku makin risau tapi aku masih nak positif lagi.

Sebelum masuk tol nilai, aku dah siap-siap isi minyak and topup touch n go. Dan masa tu, aku ade terima satu message dan satu missed call dari nombor yang aku tak save. Nombor missed call dan nombor message adalah nombor sama. Sebelum aku call semula nombor tu, aku buka message. Dalamnya tertulis, ‘takziah.. angkat call ustazah sat’. Jadi aku boleh agak ni mesti ustazah masa aku sekolah rendah dulu. Dan bila call, memang betul dari ustazah Rohaila. Ustazah tanya aku kat mana and so on, aku pun cakap lah yang aku baru nak gerak balik semua tu. dan ustazah pesan hati-hati drive dan macam biasa aku pun iyakan saja. Tapi message yang ustazah aku hantar tadi tu, aku tak terlalu ambil pusing. Aku tak terfikir perkataan takziah itu sebenarnya menunjukkan bahawa abah dah meninggal. I just thought it was just a common condolences bila ada accident.

Then, the incident that I never thought it will happen to me hampir tiba. Angah call masa aku otw kat highway. Tapi aina yang tolong angkatkan. Dia tanya aku kat mana. Then angah pesan suruh terus balik rumah. End call. T_T

Aku jadi makin kosong. Aku tak puas hati. Kenapa kena terus balik? Kenapa tak ke mana-mana hospital yang merawat abah? Wallahi aku memang tak sedap hati. Terus aku minta aina whatsapp angah and tanya keadaan abah.

And after angah reply msg tu, aina mintak aku berhenti tepi highway dulu. Allahu allahu. Aku memang dah agak mesti ada something wrong somewhere dengan abah but everybody keeps hiding from me. T_T

And bila aku dah stopkan kereta, aina pun serba salah nak bagitahu but aku insist jugak nak tahu. She told me to relax and accept the news dengan redha. Aku tanya aina, ‘abah dah takde ke?’ And she nods. Angah replied ‘abah dan meninggal. Harap mira drive elok-elok.’

Allahu Allah.

Gelap dunia aku sekejap. Aku diam. Aku menangis. It is very hard for me to accept the fate. Aku sendiri tak tahu nak respon macam mana. Lelaki pertama yang paling aku sayang, yang paling aku cinta, yang paling aku rapat, sudah pergi menghadap ilahi.

Wallahi aku tak kuat.

Tapi aku tak boleh nak menangis sesedih-sedihnya. Sebab aku perlu drive sampai ke perak. Sampai aku jumpa arwah abah untuk kali terakhir. Aku diam beberapa minit. Then, aku kumpul kekuatan aku untuk aku mulakan drive semula. Masa ni aku dah tak kisah had laju highway. Memang aku pecut selaju-lajunya. Sampaikan kereta depan aku yang ada dekat lane paling kanan, aku high beamkan supaya kereta tu dapat bagi aku laluan. Aku dah tak kisah kalau kena saman sekalipun. Apa yang penting, aku kena sampai perak secepat mungkin.

Dan selepas angah bagitahu berita tu, bertalu-talu incoming calls dari saudara mara. Tanya aku kat mana and so on. Dan sempat aku pesan kat aina minta dia bagitahu housemate aku yang lain yang abah dah meninggal dan minta diorang tolong settlekan penangguhan exam aku hari jumaat. Dan lepas tersebarnya berita kematian abah, maka bertalu-talu whatsapp masuk dalam group kuliah dan personal yang mengucapkan salam takziah. Tapi semua tu aku mintak aina yang tolong replykan mana yang boleh.

Dan bila aku sampai area sekinchan/sabak, angah call lagi, tanya kat mana dah. Then angah pesan lagi, angah minta maaf kalau aku sorang je yang tak sempat nak jumpa abah untuk kali yang terakhir. Mungkin akan dikebumikan secepat mungkin sebab abah cedera teruk di bahagian kepala.

Aku akur. Tak membantah. Aku faham situasi yang berlaku. Takkan aku nak merayu juga supaya tunggu aku sampai sana baru boleh kebumi. Aku dapat bayangkan macam mana teruknya abah accident sampaikan urusan pengebumian perlu diselesaikan secepat mungkin. Mak pun ada whatsapp tanya aku kat mana, tapi aku memang bagitahu mak awal-awal kalau jenazah abah nak dikebumikan secepat mungkin, aku redha. Sebab aku pun taknak menyeksa jenazah semata-mata nak kena tunggu aku sampai. Walaupun sakit dan perit untuk aku terima semua ni, aku kena terima jugak.

Sepanjang perjalanan aku balik, aku sentiasa berdoa moga tuhan kuatkan aku sampai aku tiba nanti. Dan selepasa dari tu juga, banyak kali angah dan kak rina (sepupu aku) call tanya aku kat mana sebab jenazah nak dikebumikan. Aku just cakap teruskan saja. Aku okey. Aku redha. Dan pada jam 5 lebih (Im not really sure the exact time abah dikebumikan, but area waktu tu lah), abah dikebumikan. Aku memang tak boleh nak pecut dah time ni sebab jalan satu lane. Lori besar-besar banyak. Aku tak berani nak potong. Jadi take time dekat area lekir.

Dan pukul 6 petang aku sampai di tanah perkuburan. Masa otw nak ke tanah perkuburan, orang kampung, jiran-jiran dan kenalan arwah abah semua mula gerak balik. Dan di tanah perkuburan tu tinggal saudara-mara saja. Aku keluar kereta aku peluk atok sedara aku dulu sebab dia ade dekat dengan kereta yang aku parking. Aku menangis semahu-mahunya. Atok sedara aku suruh aku kuat. Sudah tertulis sampai sini saja perjalanan hidup abah. Aku akur. Then, aku nampak mak aku dekat depan tanah perkuburan tu, aku berlari ke arah mak. Lagi aku menangis seesak-esaknya. Memeluk erat mak. Allahu Allah. Bila aku dah tenang, aku pergi ke kubur abah, sempat aku hantarkan secebis doa untuk abah. moga Engkau perkenankanlah ya Allah.

Bila semua selesai, kami pulang ke rumah. Mak bagitahu, mak dan adik beradik selain dari aku dapat tengok muka abah. Dapat cium abah di pipi kanan. Tapi cuma sekejap sangat sebab pihak yang menguruskan jenazah abah bagitahu bahawa jenazah perlu dikebumikan secepat mungkin. Dari cerita mak juga, abah accident motor kena langgar dengan lori ayam dekat pekan ayer tawar. Parah di bahagian kepala. Meninggal di tempat kejadian dan kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi hari tersebut.

Dan mak bagitahu juga sebenarnya masa mak call aku bagitahu abah accident, waktu tu sebenarnya abah dah takde. Mak taknak aku risau sebab aku kena drive balik. Dan msg salam takziah dari ustazah aku tu pun sebenarnya ustazah aku dah tahu abah dah takde sebab ustazah pun pergi ke hospital manjung, tempat abah dimandikan sehingga disembahyangkan. Tapi sengaja ustazah diamkan sebab taknak bagi aku risau.

It is very hard and tough for me. And I know mak will feel more than me. Aku cuba untuk tidak melawan takdir. Menangis air mata darah sekalipun takkan mampu kembalikan abah ke alam dunia ini. Aku cuba untuk belajar redha even sampai sekarang aku akan menangis dengan tiba-tiba bila terkenangkan moments aku dengan abah masa abah hidup.

Wallahi, takkan pernah puas untuk aku kumpulkan kenangan aku bersama abah. Kerana boleh aku katakan bahawa aku amat rapat dengan abah. Kerana dialah lelaki pertama yang membuatkan aku jatuh cinta dan sayang kepadanya. Kerana dialah lelaki terhebat di mata aku. Kerana dialah heroku. Kerana dialah pendorong semangat aku bila mana aku ada masalah.

Sungguh aku tak sangka tuhan akan ambil abah secepat ini.

Sungguh aku tak sangka tuhan hanya pinjamkan abah sesingkat ini.

Sungguh aku tak sangka Ramadan tahun ini merupakan Ramadan terakhir aku bersama abah.

Sungguh aku tak sangka, raya tahun ini juga merupakan raya terakhir aku dengan abah.

Sungguh aku tak sangka, salaman dan pelukan aku pada abah sehari sebelum kejadian berlaku merupakan salaman dan pelukan terakhir aku dan abah.

Allahu allah.

Kerana aku masih percaya akan takdir yang Engkau tentukan buat aku, aku terus berharap agar akan ada sinar kebahagiaan di sebalik kisah duka ini.

Ya Allah,

Terima kasih kerana Engkau telah meminjamkan aku seorang abah yang sangat sempurna dimataku.

Terima kasih kerana Engkau telah meminjamkan aku seorang abah yang sangat bertanggungjawab terhadap keluargaku.

Terima kasih kerana Engkau telah meminjamkan aku seorang abah yang sangat memahami dan menyayangi isteri dan anak-anaknya.

Terima kasih kerana Engkau telah meminjamkan aku seorang abah yang suka memberi sokongan moral pada anak-anaknya.

Terima kasih ya Allah.

Terima kasih untuk segala-galanya.

Tempatkanlah abah dalam kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh. Terimalah segala amal baik abah di dunia ini sebagai saham akhirat di sana.

Ameen.

Kerana aku percaya dengan kata-kata cinta dariNya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, aku cuba belajar untuk redha. Aku cuba belajar untuk pasrah. Walaupun aku masih tak kuat. Tapi aku yakin bahawa tuhan takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan kita. Moga Engkau berikan aku kekuatan sekuat-kuatnya.

Hingga saat ini, tika aku menulis coretan ini, air mata masih mengalir tanpa aku pinta. Sungguh, kejadian ini masih segar dalam ingatan aku.

Aku masih mengharapkan agar apa yang aku alami ini cumalah satu mimpi. Tapi, aku perlu sedar ini memang sudah suratan takdir aku dan family.

Terlalu banyak benda aku nak cerita dengan abah lagi. About my life, my problems, my studies and macam-macam lagi. Sebab mostly aku banyak share stories dengan abah. But now, it will not happen anymore. Hanya doa sahaja penghubung antara aku dan abah. Aku yakin, Allah akan hantarkan doa aku pada abah. Sebab itu, sejak dari insiden itu, aku takkan pernah tinggal untuk doakan abah. Mendoakan kesejahteraannya di sana. Moga abah tenang di sana ye abah.

Harini genap 15 hari abah pergi menghadap Ilahi.

Buat abah,

Mungkin sudah sampai masanya untuk abah pula berehat di sana.

Terima kasih kerana telah menjadi abah yang terbaik buat kami.

Abah yang paling sempurna di mata kami. Abah yang paling suka memberi nasihat buat kami. Doa kami sentiasa mengiringi abah.

Tenanglah abah di sana. Rehatlah sepuas-puasnya.

Terima kasih untuk segala-galanya.



Raya Terakhir bersama Abah



Jutaan terima kasih kepada pihak yang menguruskan jenazah abah dari mula sampailah selesai dikebumikan, kenalan abah yang terlalu ramai hadir di hospital manjung dan semasa pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir, saudara mara dan jiran-jiran yang sama-sama hadir semasa pengebumian abah, saudara mara yang datang dari jauh walaupun tak sempat nak jumpa abah buat kali terakhir, cikgu-cikgu sekolah rendah yang hadir dan ziarah ke rumah, sahabat yang sudi teman balik dari nilai sampai ke perak, sahabat-sahabat university yang datang ziarah jauh-jauh, sahabat-sahabat adik beradik yang lain yang tak putus-putus hadir selama beberapa hari kami berada di rumah dan tak lupa juga kepada mereka yang menyampaikan salam takziah melalui whatsapp sampaikan tak sempat nak reply satu per satu dalam tempoh yang terdekat ketika itu. Moga tuhan berkati hidup kalian dunia akhirat. Dipermudahkan segala urusan. Terima kasih sekali lagi.



Mohon doa kalian agar abah tenang di sana. 

1 comment:

  1. Casino Hotel and Spa Casino in Maricopa - Mapyro
    Welcome to 전라북도 출장샵 Casino Hotel and Spa Casino in 서산 출장안마 Maricopa, Arizona. View detailed customer 양산 출장안마 reviews, videos, photos, geolocation & phone 안산 출장안마 number of Casino Hotel  Rating: 7.4/10 · 하남 출장마사지 ‎5 reviews

    ReplyDelete

www.binturaida@gmail.com